Selasa, 18 Jun 2013

KEM BESTARI SOLAT (KBS 2) 2013

Tarikh: 15 Mei 2013 (Rabu)
Tempat: Surau An-Najah, Kantin & Kelas SKMP
Masa: 1.15pm - 5.15pm
Pengisian: Syarat2 Sah Solat, Perkara2 Yang Membatalkan Solat, Solat Berjemaah, Tayammum, Azan & Iqamah serta Solat Jenazah
Surau An-Najah SKMP
Menjadi wasilah dan medan pembentukan sahsiah diri pelajar SKMP melalui aktiviti kerohanian yang dijalankan secara berterusan seperti Solat Berjemaah, Kem Bestari Solat, Kem Akil Baligh dan sebagainya.
Tempat mengambil wudhu di hadapan surau
Kemudahan paip yang banyak disediakan oleh pihak sekolah memudahkan pelajar mengambil wudhu dengan mudah dan selesa tanpa perlu beratur panjang
Tempat mengambil wudhu di hadapan Bilik j-QAF SKMP
Barisan saf murid perempuan SKMP-Solat Zohor Berjemaah
Barisan saf murid lelaki - Solat Asar Berjemaah
Surau yang boleh menempatkan keseluruhan pelajar tahap 2 SKMP seramai 185 orang
Ruang solat dan kemudahan yang selesa memudahkan aktiviti dan pengisian Kem Bestari Solat dapat dijalankan dengan lancar dan teratur
Solat Zohor dan Asar Berjemaah diimamkan oleh Ust Che Ani b Abd Rahim & Ust Najmuain b Ismail. LDK dan amali diadakan di kelas-kelas mengikut fasilitator kelas masing-masing

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan Syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Hadis sahih Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan