Isnin, 22 April 2013

'FIRE DRILL' SKMP 2013

Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)
Masa: 8.45 pagi
Tujuan: Melatih dan mempersiapkan warga sekolah untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. 
Murid-murid bergerak mengikut kelas masing-masing menuju kawasan yang selamat
Murid-murid beratur mengikut kelas
Murid-murid bergerak dalam kumpulan
Guru-guru memastikan semua murid ada di kawasan selamat yang telah ditentukan
Kawasan selamat 1 yang ditetapkan oleh pihak sekolah, di hadapan pintu pagar sekolah
kelihatan guru pelatih, Sir Akram merakamkan detik2 'Fire Drill' untuk didokumentasikan
Cikgu Zaidi, Guru Disiplin memastikan murid-murid mendengar setiap arahan yang disampaikan oleh guru
PK Pentadbiran, Tn Hj Samsudin & En. Zaidi menenangkan murid-murid & menerangkan tentang tindakan sewajarnya yang perlu diambil sekiranya kebakaran benar-benar berlaku
Kelihatan guru-guru & staf turut sama mengambil bahagian bagi memastikan 'Fire Drill' buat kali pertama ini berjaya
Murid tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) berhimpun di hadapan pintu masuk sekolah & Murid tahap 1 (Tahun 1,2 & 3) berhimpun di gelanggang sepak takraw
GB SKMP, Tn Hj Ahmad Zubir berbincang serius dengan Sir Kamaruzaman bagi memastikan tiada murid atau warga SKMP yang terkorban & tidak dapat diselamatkan dalam 'Fire Drill' kali ini.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa Allah telah berfirman,
“Barang siapa yang mengingatiKu di dalam dirinya, Aku mengingatinya di dalam diriKu. Dan barang siapa yang mengingatiKu di dalam perhimpunan, Aku mengingatinya di dalam perhimpunan yang lebih baik darinya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan