Jumaat, 29 November 2013

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKMP 2013

TARIKH: 9.10.2013 (RABU)
TEMPAT: PADANG SKMP
MASA: 2.00-6.00PTG

 Pakcik Kaq pun turun padang sebagai tanda sokongan kepada Kejohanan Tahunan Sukan SKMP
 Ustaz menunggu 'turn' untuk bacaan doa bagi memberkati lagi majlis pada ptg tersebut, kelihatan Cik Izzaty yang sudah selamat bergelar puan, cekak pinggang pasai apa cek???
 Acara sukaneka bagi pelajar Tahun 2-Lompat Gelung
 Wajah-wajah riang pelajar Tahun 6 SKMP
 Acara sukaneka Tahun 2-Tiup Tepung 
 Gaya larian seorang olahragawan SKMP, adik Hilman Sulhi
Suasana di khemah utama, terima kasih kepada waris yang sudi hadir memeriahkan majlis
 Kontinjen Rumah Kuning (Baiduri)
 Kontinjen Rumah Hijau (Zamrud)
 MC bertugas pada hari tersebut, Pn Robihah & Ustazah Aishah Bee bersama Ketua Audit/Data, Sir Kamaruzzaman
 Bacaan ikrar sempena Kejohanan Sukan Tahunan SKMP 2013
 Kontinjen Rumah Biru (Nilam)
 Ucapan Aluan oleh Guru Besar SKMP, Tn Hj Ahmad Zubir b Abdullah
 Ucapan Perasmian oleh Naib YDP PIBG SKMP, En Mokhtar
 Para hakim acara balapan sempat berposing, En Hairudin, En Shukri, Pn Wan Sharipah & Cik Zalina
Acara sukaneka, pelajar Pra Sekolah Sutera & Mutiara 
 Acara Sukaneka Tahun 1
 Tiup jangan tak tiup, lepas tu muka jadi gebu putih hihihi
 Penyampaian pingat kepada pemenang, kelihatan Pn Norasmin & Pn Nor Azyla (AJK Hadiah & Cenderamata)
 Tahniah kepada pemenang yang berjaya
 Teruskan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan kurikulum
 kekalkan prestasi cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi
 Kelihatan En Shukri begitu teruja menantikan peserta larian menuju ke garisan penamat ditemani oleh En Hairudin & Cik Zalina
 Senyum manis hakim balapan kita, Mek Ganu Pn Wan Sharipah
 kelihatan Pn Hamidah bersama NYDP PIBG SKMP dan waris bersama anak2 pra sekolah
 Acara waris, Mengisi air ke dalam botol menggunakan span
 Acara waris, Jalan Berduet sambil Kaki Diikat
 Terima kasih kepada waris yang sporting menyertai acara yang telah diatur oleh pihak sekolah
 Penyampaian Hadiah oleh GB SKMP kepada waris yang berjaya, kelihatan En Mohd Safian (Orang Kuat Kejohanan Sukan Tahun SKMP 2013)
 Tahniah pada semua para pemenang
 Senyum seorang Olahragawan SKMP 2013, Adik Hilman Sulhi b Che Ani
Olahragawati SKMP 2013, Adik Adila Adani bt Khairul Anuar

Jumpa lagi di Kejohanan Sukan Tahunan SKMP Tahun 2014...

 “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Selasa, 2 Julai 2013

LDP-CERAMAH CEGAH KEBAKARAN

Tarikh: 2 Julai 2013 (Selasa)
Tempat: Makmal Komputer SKMP
Masa: 1.30pm








121- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-sahabat Baginda berkata:  "Demi Allah!  Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. " Baginda s.a.w., bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. "
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)





PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN UJIAN PENCARIAN BAKAT UKM1 TAHUN 2013- PERMATA PINTAR

Tarikh: 30 Jun 2013 (Ahad)
Tempat: Dataran Kejat SKMP
Masa: Slot Perhimpunan Mingguan








Allah Ta’ala berfirman, Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Hasyr [59]:18)

Rabu, 19 Jun 2013

CERAMAH 'PENGGUNAAN UBAT YANG BERKUALITI'

Tarikh: 19 Jun 2013 (Rabu)
Masa: 1.45pm
Tempat: Makmal Komputer SKMP
Penceramah: Pn Najla bt Mohd Kamil (Pegawai Farmasi, Jabatan Kesihatan Kuala Muda)
Peserta: Guru & Staf SKMP serta Murid Tahun 5
Ucapan aluan oleh penceramah, Pn Najla bt Mohd Kamil
Penerangan mengenai definisi ubat yang sebenar
Penggunaan ubat yang berkesan dan berkualiti penting dalam menjamin kesihatan dan keselamatan tubuh badan manusia
Sesi soal jawab penceramah dengan murid-murid yang terlibat
Antara audiens yang turut sama mendengar ceramah atau penerangan yang disampaikan
Guru turut duduk bersimpuh di atas lantai bersama murid mendengar taklimat yang disampaikan
Antara barisan guru dan staf yang turut sama mendengar taklimat yang disampaikan sebagai info tambahan mengenai ubat dan penggunaannya dalam kehidupan harian
Masing-masing khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan
Kelihatan Pen Kanan Pentadbiran, Tn Hj Samsudin b M Embi turut sama meluangkan waktu mendengar taklimat yang disampaikan walaupun sibuk dengan tugas lain
Sambil menyelam minum air....
Banyak info bermanfaat yang dapat dikutip dari ceramah yang disampaikan
Mendengar taklimat sambil mencari info tambahan mengenai ubat di internet
Respon baik yang ditunjukkan oleh murid-murid terhadap soalan yang diajukan menunjukkan mereka faham dengan taklimat yang telah disampaikan. Terima kasih Jabatan Kesihatan kerana sudi berkunjung ke SKMP dan menyebarkan info yang bermanfaat...

'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.' Surah AI-Isra' ayat 82