Rabu, 19 Jun 2013

CERAMAH 'PENGGUNAAN UBAT YANG BERKUALITI'

Tarikh: 19 Jun 2013 (Rabu)
Masa: 1.45pm
Tempat: Makmal Komputer SKMP
Penceramah: Pn Najla bt Mohd Kamil (Pegawai Farmasi, Jabatan Kesihatan Kuala Muda)
Peserta: Guru & Staf SKMP serta Murid Tahun 5
Ucapan aluan oleh penceramah, Pn Najla bt Mohd Kamil
Penerangan mengenai definisi ubat yang sebenar
Penggunaan ubat yang berkesan dan berkualiti penting dalam menjamin kesihatan dan keselamatan tubuh badan manusia
Sesi soal jawab penceramah dengan murid-murid yang terlibat
Antara audiens yang turut sama mendengar ceramah atau penerangan yang disampaikan
Guru turut duduk bersimpuh di atas lantai bersama murid mendengar taklimat yang disampaikan
Antara barisan guru dan staf yang turut sama mendengar taklimat yang disampaikan sebagai info tambahan mengenai ubat dan penggunaannya dalam kehidupan harian
Masing-masing khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan
Kelihatan Pen Kanan Pentadbiran, Tn Hj Samsudin b M Embi turut sama meluangkan waktu mendengar taklimat yang disampaikan walaupun sibuk dengan tugas lain
Sambil menyelam minum air....
Banyak info bermanfaat yang dapat dikutip dari ceramah yang disampaikan
Mendengar taklimat sambil mencari info tambahan mengenai ubat di internet
Respon baik yang ditunjukkan oleh murid-murid terhadap soalan yang diajukan menunjukkan mereka faham dengan taklimat yang telah disampaikan. Terima kasih Jabatan Kesihatan kerana sudi berkunjung ke SKMP dan menyebarkan info yang bermanfaat...

'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.' Surah AI-Isra' ayat 82

Selasa, 18 Jun 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 SKMP 2013

Tarikh: 18 Jun 2013 (Selasa)
Destinasi: MRSM Balik Pulau & Muzium Perang, Batu Maung Pulau Pinang
Peserta: 68 Orang Murid Tahun 6
Guru Pengiring: Ust Che Ani b Abd Rahim, Sir Kamaruzaman b Ahmad, En Hairudin b Moksin, En Shukri b Yahya, En Safian b Ishak, Pn Che Kamaliah bt Jusoh & Pn Subaidah bt Tera

MRSM BALIK PULAU
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (singkatan: MRSM Balik Pulau atau MRSM BP) merupakan sekolah berasrama penuh yang terletak di Balik PulauPulau Pinang. MRSM Balik Pulau merupakan MRSM keenam yang dibuka. Dibuka pada tahun 1984 dengan kemasukan pertama pelajar tingkatan 3 (Batch: 1982) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Muar, Johor dan pelajar tingkatan dua (Batch: 1983) yang sebelumnya ditumpangkan di MRSM Terendak, Melaka. Pelajar tingkatan satu (Batch: 1984) masuk pada 24 Mac 1984. Ketika itu MRSM Balik Pulau masih tidak siap sepenuhnya tetapi dibuka juga untuk kemasukan pelajar-pelajar. (Sumber Wikipedia)
MRSM Balik Pulau dirasmikan pembukaannya pada tahun 1990
Makluman 'Lawatan Sambil Belajar SKMP' dipamerkan di 'Notice Board' MRSM Balik Pulau
Ucapan wakil SKMP, Ust Che Ani b Abd Rahim sebagai tanda terima kasih kepada MRSM BP kerana sudi menerima kehadiran rombongan dari SKMP
Taklimat disampaikan di Perpustakaan MRSM BP oleh Timbalan Pengetua HEP, En Norsham b Abidin
Pelajar SKMP bergambar bersama PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) MRSM BP yang banyak membantu sepanjang lawatan rombongan SKMP ke sana
Jutaan terima kasih di atas komitmen dan budi baik pihak pengurusan MRSM BP terutamanya Timbalan Pengetua HEP, En Norsham b Abidin dan Kaunselor MRSM BP serta barisan pelajar PRS MRSM BP di atas layanan mesra yang diberikan
Suatu pengalaman indah yang tidak mungkin dilupakan oleh pelajar-pelajar SKMP kerana dapat melawat dan merasai suasana persekitaran sebenar MRSM BP yang merupakan antara sekolah terbaik di negara ini. Kami warga SKMP sentiasa mendoakan kejayaan kalian, pelajar-pelajar Tahun 6 (2013) di dalam UPSR nanti & semoga ada rezeki kalian dapat menyambung pembelajaran di MRSM BP atau di mana-mana sekolah terbaik di Malaysia, In Shaa Allah
MUZIUM PERANG, BATU MAUNG
Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung yang merupakan kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Muzium ini turut mengisahkan pelbagai aspek yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua dan kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu. Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di puncak Bukit Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi ketenteraan British pada Oktober 1939.
Di hadapan pintu masuk Muzium Perang, Batu Maung
Pelajar-pelajar berbaris sebelum masuk untuk meninjau dan melawat kawasan persekitaran Muzium Perang
Pemandangan berhadapan kaunter pertanyaan dan R&D Muzium Perang
Aikkkk, nak kena tembak pun sempat lagi senyum. Yang menembak pun senyum...lakonan semata
Ada gaya...Sir lengkap berpakaian askar Jepun dan bersenapang
Mendengar taklimat yang disampaikan oleh 'person in charge'
Grafik kawasan muzium yang seluas 20 ekar
'Canon Firing Bay'
Antara bom yang digunakan pada masa perang
'Observation Post'
Pelajar teruja mendengar penerangan yang disampaikan dan dapat mengutip banyak ilmu dan pengetahuan baru mengenai perang pada suatu masa dulu
Kuaters bagi Pegawai Pangkat Tinggi yang bertugas mengikut giliran
Berbaris untuk masuk ke 'tunnel'
Suasana dan keadaan di dalam bilik bawah tanah
Ruang bilik bawah tanah yang sempit
Ruang pengudaraan bagi salah satu bilik yang dibina di bawah tanah
Antara mereka yang berjaya melalui terowong rahsia bawah tanah yang dibina dan perlu bergerak dengan merangkak dan memanjat anak tangga yang hanya boleh memuatkan seorang manusia sahaja dengan berukuran 90 darjah tepat. 
 Smile...
Steady...
Cool...
Brave...
Relax...
Calm...
Enjoy...

Salah satu daripada 20 senapang anti Kapal Terbang yang terdapat di Kubu ini, senapang ini mampu menembak sejauh 14,000 kaki, untuk mengelak dari ditembak, pasukan udara Jepun terpaksa menerbangkan pesawat melebihi sekitar 16,000 kaki di udara.




Kawasan dimana tentera Jepun melaksanakan hukuman pancung!!.




Suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh pelajar-pelajar SKMP dan mereka dapat mengutip sedikit sebanyak ilmu dan melihat serta merasai sendiri suasana dan keadaan perang yang berlaku pada suatu masa dahulu.

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Menjaga perbatasan perang sehari semalam, adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beribadah di dalamnya, dan jika ia meninggal di tempat itu, maka pahalanya akan mengalir kepadanya (sampai akhir zaman), dan akan dialirkan rezekinya, serta aman daripada fitnah-fitnah (kubur).” 
(Muslim, Turmizi, Nasa’i & Tabrani)