Rabu, 19 Jun 2013

CERAMAH 'PENGGUNAAN UBAT YANG BERKUALITI'

Tarikh: 19 Jun 2013 (Rabu)
Masa: 1.45pm
Tempat: Makmal Komputer SKMP
Penceramah: Pn Najla bt Mohd Kamil (Pegawai Farmasi, Jabatan Kesihatan Kuala Muda)
Peserta: Guru & Staf SKMP serta Murid Tahun 5
Ucapan aluan oleh penceramah, Pn Najla bt Mohd Kamil
Penerangan mengenai definisi ubat yang sebenar
Penggunaan ubat yang berkesan dan berkualiti penting dalam menjamin kesihatan dan keselamatan tubuh badan manusia
Sesi soal jawab penceramah dengan murid-murid yang terlibat
Antara audiens yang turut sama mendengar ceramah atau penerangan yang disampaikan
Guru turut duduk bersimpuh di atas lantai bersama murid mendengar taklimat yang disampaikan
Antara barisan guru dan staf yang turut sama mendengar taklimat yang disampaikan sebagai info tambahan mengenai ubat dan penggunaannya dalam kehidupan harian
Masing-masing khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan
Kelihatan Pen Kanan Pentadbiran, Tn Hj Samsudin b M Embi turut sama meluangkan waktu mendengar taklimat yang disampaikan walaupun sibuk dengan tugas lain
Sambil menyelam minum air....
Banyak info bermanfaat yang dapat dikutip dari ceramah yang disampaikan
Mendengar taklimat sambil mencari info tambahan mengenai ubat di internet
Respon baik yang ditunjukkan oleh murid-murid terhadap soalan yang diajukan menunjukkan mereka faham dengan taklimat yang telah disampaikan. Terima kasih Jabatan Kesihatan kerana sudi berkunjung ke SKMP dan menyebarkan info yang bermanfaat...

'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.' Surah AI-Isra' ayat 82

Tiada ulasan:

Catat Ulasan