Ahad, 15 April 2012

MABRUK

      Alhamdulillah & tahniah buat adik Khairul Hakimi b Mohd Fadhil di atas kejayaan menyandang Johan bg acara Tilawah Al-Quran (L) peringkat negeri Kedah yg telah berlangsung pd 14 April 2012 (Sabtu). Adik Khairul Hakimi akan mewakili Negeri Kedah ke MTQ peringkat kebangsaan yg akan diadakan di Kuantan, Pahang. Kami warga SKMP mendoakan agar kejayaan terus mengiringi dan sekali lagi akan mengharumkan nama SK Merbok (Pusat). Tahniah juga kepada adik Nurul Izzah bt Latifi kerana berjaya sampai ke peringkat negeri, rezeki tidak menyebelahi kali ini dan teruskan usaha untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa akan datang. Semoga kejayaan dua pelajar ini akan menjadi pemangkin serta pendorong untuk pelajar2 lain lebih berusaha mencipta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi...

Adik Khairul Hakimi menerima Piala Pusingan dari Guru Besar SKMP, Tn Hj  Ahmad Zubir b Abdullah dalam majlis perhimpunan mingguan.

1 ulasan: