Ahad, 13 Mei 2012

BUDI I.K.M

Sekalung budi buat tenaga pengajar & pelajar2 Institut Kemahiran MARA Sungai Petani di atas jasa baik yang telah dicurahkan kerana sudi menyumbangkan langsir untuk mengindah dan mencantikkan lagi bilik Guru Besar & pejabat pentadbiran. Dari masa ke semasa, mereka akan bertandang lagi untuk melaksanakan projek2 pembangunan bagi mencantikkan kawasan persekitaran & fizikal sekolah ke arah mewujudkan sekolah bersih, indah dan bersuasana kondusif.
 salah seorang pelajar tengah memasang 'curtain rail'
kelihatan PK Koko, En Nazri memantau kerja2 yang dijalankan

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan